-->

Destinasi Cinta - Mestica

lirik nasyid: Destinasi Cinta

Album :
Munsyid : Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu,
Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu
keimanan
Tak ternilai airmata dengan
permata
Yang bisa memadamkan api
neraka
Andai benar mengalir dari
nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu
duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di
dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi
sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di
rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan
sunyi
Selagi denyut nadi belum
berhenti
Durjana syaitan kan cuba
menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh
Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar
redha-Mu
Namun masihku mengharap
ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records
Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn.
Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn.
Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Related Posts