-->

Insan Bernama Kekasih - Unic

lirik nasyid: Insan Bernama Kekasih

Album : Nur Kasih vol. 2
Munsyid : Unic

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis
idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan
bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan
nur iman
Bertemankan keindahan santun
perkataan
Bagai putih salju mendinginkan
hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa
Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta
kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta
kita
Agar kukuh ikatan yang murni
bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang
mulia
Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan
berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

Related Posts