-->

Pemergianmu - In-Team

lirik nasyid: Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat
lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi
derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang
Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka
mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu
berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat
menerima
Bahkan payah untuk Umar
mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati
akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap
hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan
yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Senilagu : Frizdan Senikata :
Frizdan Hakcipta : Inteam
Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Related Posts