Puteriku Sayang - Hijjaz

lirik nasyid: Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau
mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki
dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua
kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami
yang sejati
Disebalik bersih wajah mu
disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi
dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut
pada ilahi
Berpegang pada janji
mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak
perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri
dan nama
Tiada siapa yang akan boleh
merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi
menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng
negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari
dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau
bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

0 Response to "Puteriku Sayang - Hijjaz"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...