Satu Tekad - Unic

lirik nasyid: Satu Tekad

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang
tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan
pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah
langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang
terbilang
Iman di dada mengiring
langkah"

0 Response to "Satu Tekad - Unic"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...