-->

Buatmu Ibu - Ae-man

lirik nasyid: Buatmu Ibu

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau
rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati
kehidupanmu ibu?
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan
anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh
bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan
anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu
kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan
di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan
di akhirat sana

Related Posts